Tuesday, June 16, 2009

Majlis Perasmian PPIK





Pada bulan september 2008 Adun kawasan Kamunting iaitu YB Mohammad Zahir Bin Dato Khalid telah di jemput untuk merasmikan PPIK KG Jana Baru sebagai pusat IT.Beliau juga telah memberi sumbangan kepada PPIK sebanyak seribu ringgit sebagai menjayakan program PPIK dan masyarakat.

Latihan ICT






Bermula dengan wujudnya PPIK diseluruh Malaysia,semua penyelia telah di hantar untuk menjalani latihan di Kompleks rakan muda Puchong.Di sini semua penyelia telah di latih bagaimana untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang baik kepada masyarakat,bagaimana untuk berbincang,bergaul,beramah mesra dan segala-galanya telah di pelajari di sini.Setiap penyelia yang datang untuk menjalani latihan selama 2 minggu ini dengan sukarela telah pulang dengan hati yang terbuka untuk berbakti kepada masyarakat setempat, mencurahkan ilmu yang ada untuk di kongsi bersama orang ramai.

Monday, June 15, 2009

SK Long Jaafar


SK Long Jaafar merupakan salah satu sekolah yang memberi pelajaran awal kepada kanak-kanak di kg Jana Baru dan kampung-kampung sekitarnya.

Hiasan ACM



Hiasan ACM merupakan satu pusat perniagaan yang di usahakan oleh seorang penduduk dari Kg Jana Baru iaitu Puan Azita.Beliau merupakan seorang usahawan melayu yang berjaya di Kg Jana Baru.Sesiapa yang ingin membuat tempahan langsir,sarung kusyen,cadar pengantin,set bayi dengan citarasa sendiri bolehlah datang ke PPIK kg Jana Baru untuk berunding.Boleh juga terus menghubungi Puan Azita di talian 013-4905375.Puan Azita juga bersedia untuk terus datang ke rumah untuk mengukur dan memasang langsir.

Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Kampung Jana Baru(PPIK)



PPIK Kg Jana Baru di tubuhkan bermula April 2007.Kelab PPIK telah di tubuhkan dan ianya terdiri dapipada Pengerusi,setiausaha,Bendahari dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Wednesday, June 3, 2009