Monday, August 24, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM RUKUN TETANGGA KAWASAN TAIPING


Rukun tetangga kawasan Taiping (KRT) telah mengadakan satu majlis makan malam di Bukit Jana Golf resort pada 18hb ogos yang lalu.Didalam majlis ini semua AJK rukuntetangga kawasan Taiping telah di jemput dan majlis ini di sertai dengan bacaan doa,cabutan bertuah dan majlis harijadi AJK.

SEMINAR KESIHATAN WANITA



Satu seminar telah di adakan di dewan Kg Jana Baru pada 15hb ogos 2009 yang telah di anjurkan oleh Perkumpulan wanita Islam Kg Jana Baru (PERWINA).Dengan kerjasama guru dakwah Jabatan Agama Islam perak.Tajuk utama seminar ialah Kanser Pembunuh Utama wanita Malaysia.Di dalam seminar ini juga satu syarikat iaitu ANZ TRADING telah mengambil kesempatan mempekenalkan satu jenama tuala wanita iaitu 'AVAIL BEAUTY'
Tuala wanita ini berperanan sebagai langkah untuk mencegah kanser terutama kanser pangkal rahim.Bagi sesiapa yang ingin membeli tuala wanita tersebut anda boleh dapatkan sendiri di ANZ TRADING dengan harga 12 ringgit 10 keping atau satu set termasuk pads malam,siang dan pantene liner,dengan harga 160.00 dan sesiapa yang membeli satu set akan terus menjadi ahli dan bonus.(Pembelian satu set boleh bertahan sehingga setahun pemakaian dan akan mendapat keuntungan sebanyak 45 ringgit.)Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi 05-5450208-pn zarina atau e-mail anz06@tm.net.my

Wednesday, August 12, 2009

Program Info Bestari Mukim Taiping



PROGRAM : INFO BESTARI MUKIM TAIPING

TARIKH : 25 JULAI 2009

Gambar Sekitar Program


Perasmian Majlis Gubahan


Pameran Jab. Penjara Mewarna TBK Persembahan Nasyid
SMA LILBANAT KMTG.



Pemeriksaan Kesihatan

Gambar Sekitar Program Info Bestari Mukim Taiping
Pada : 25 Julai 2009(Sabtu)
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg.Jana Baru
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Thursday, August 6, 2009

Gotong Royong JKK Kg Jana Baru..






Baru-baru ini semua JKK Kg Jana Baru telah mengadakan satu gotong royong beramai-ramai di dewan kg jana Baru.Gotong Royong ini terdiri daripada semua komuniti setempat dan semua JKK Kg di wajibkan hadir.Satu mesyuarat oleh ketua Kg Jana Baru iaitu Tn Hj Ramly b. Yahaya juga telah di adakan pada hari itu.Di dalam mesyuarat ini Tn Hj Ramly telah membincangkan bagaimana untuk menaikkan taraf hidup penduduk Kg Jana Baru agar ianya menjadi satu kampung yang berwawasan dan cemerlang.Majlis di akhiri dengan jamuan makan yang telah di sediakan oleh semua komuniti yanag hadir pada hari itu.