Monday, October 26, 2009
Monday, October 19, 2009
Thursday, October 15, 2009
Pasar kamunting
Pasar kamunting di buka setiap hari dari jam 6.00pagi hingga jam 12.30 tengahari.Terdapat berbagai-bagai jenis ikan termasuk ikan dari sungai seperti patin,keli,sepat talapia,haruan dan sebagainya.Bagi sesiapa yang ingin menikmati hadangan kampung juga bolehlah datang kepasar kamunting kerana di sini terdapat berbagai kenis ulam ulaman yang dijual dengan harga yang begitu murah.
pekasam Pondok Tanjung
Pekasam yang di buat oleh seorang penduduk asli kg pondok Tanjung.Di tangkap sendiri di sungai pondok tanjung dengan menggunakan jala.Sesiapa yang ingin merasa kenikmatan pekasam ini boleh membuat tempahan di talian 017-5690780 dengan harga sebungkus RM2.50 (terdapat 4 ekor ikan sederhana besar)Pekasam ini dijual setiap hari di depan pasar kamunting.sesiapa yang ingin membeli terus ikan pekasam boleh juga datang terus ke pasar Kamunting untuk merasai sendiri keenakan pekasam pondok tanjung ini.
Jamuan Hari Raya dan Rumah Terbuka
Thursday, October 8, 2009
Pertubuhan Kebajikan jagaan Warga emas Ehsan
Pusat jagaan wargaemas Kg Jana telah menempatkan seramai 16 orang warga emas yang semuanya terdiri daripada golongan wanita.Ianya di tubuhkan oleh Puan Norizazan bt nordin.Puan Norizazan mengenakan bayaran sebanyak RM 500 kepada warga emas yang berkemampuan bagi menguruskan segala keperluan termasuk makan minum,mencuci pakaian,rawatan perubatan,lampin pakai buang dan segala keperluan lainnya.
Di samping mengenakan bayaran terhadap orang-orang yang berkemampuan,Puan norizazan juga telah mengambil warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai waris untuk terus menetap di situ secara percuma.Pusat ini juga mempunyai 6 orang pekerja bagi menguruskan kehidupan orang tua yang telah uzur dan tidak berdaya dan pada setiap minggu mereka akan di bawa ke klinik untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan perubatan dan rawatan susulan.
Bagi sesiapa yang ingin memberi bantuan kewangan ataupun berniat untuk meringankan beban Puan Norizazan bagi menampung segala keperluan di rumah kebajikan ini bolehlah terus menghubungi Puan Norizan sendiri di talian 019-5787650.Ini adalah kerana untuk membayai kos perubatan,pampers,makan minum,gaji pekerja dan sebagainya bagi warga emas yang tidak mampu dan tinggal di situ secara percuma.sdi sini juga terdapat kanak-kanak down sindrom yang kehilangan ibubapa dan segala bayaran persekolahan kanak-kanak istemewa ini di tanggung oleh Puan Norizazan.
Subscribe to:
Posts (Atom)