



PPIK Kg Jana Baru telah di rasmikan pada bulan Nov 2008 oleh YB Muhammad Zahir Bin Dato Khalid pada bulan Nov 2008.Sempena dengan perasmian itu juga telah di adakan berbagai-bagai acara dan majlis ini diadakan selama 3 hari berturut-turut.Tujuan majlis ini di adakan adalah untuk memperkenalkan PPIK dan komuniti setempat yang juga usahawan kecil datang untuk memperkenalkan barangan masing-masing. Sebanyak lebih kurang 15 gerai telah di buka pada hari tersebut di hadapan bangunan PPIK.Gerai-gerai tersebut ialah seperti gerai makanan,kraftangan,perhiasan dan bermacam-macam lagi.Pihak MARA juga berperanan sebagai ejen utama di dalam membangunkan semua usahawan kecil tersebut.