Monday, October 26, 2009

Thursday, October 15, 2009

Pasar kamunting



Pasar kamunting di buka setiap hari dari jam 6.00pagi hingga jam 12.30 tengahari.Terdapat berbagai-bagai jenis ikan termasuk ikan dari sungai seperti patin,keli,sepat talapia,haruan dan sebagainya.Bagi sesiapa yang ingin menikmati hadangan kampung juga bolehlah datang kepasar kamunting kerana di sini terdapat berbagai kenis ulam ulaman yang dijual dengan harga yang begitu murah.

pekasam Pondok Tanjung




Pekasam yang di buat oleh seorang penduduk asli kg pondok Tanjung.Di tangkap sendiri di sungai pondok tanjung dengan menggunakan jala.Sesiapa yang ingin merasa kenikmatan pekasam ini boleh membuat tempahan di talian 017-5690780 dengan harga sebungkus RM2.50 (terdapat 4 ekor ikan sederhana besar)Pekasam ini dijual setiap hari di depan pasar kamunting.sesiapa yang ingin membeli terus ikan pekasam boleh juga datang terus ke pasar Kamunting untuk merasai sendiri keenakan pekasam pondok tanjung ini.

Aktiviti Perkemahan Sk Long Jaafar Kamunting



Aktiviti perkemahan di Caravan Park Taiping.

Jamuan Hari Raya dan Rumah Terbuka




Massa Katering yang terletak di persimpangan masuk ke Kampung Jana Baru telah mengadakan rumah terbuka dan sambutan Hari raya Aidilfitri pada 10hb Oktober 2009.Semua Penduduk Kampung Jana Baru dan Kampung-Kampung sekitar telah dijemput untuk meraikan majlis tersebut.

Thursday, October 8, 2009

Pertubuhan Kebajikan jagaan Warga emas Ehsan






Pusat jagaan wargaemas Kg Jana telah menempatkan seramai 16 orang warga emas yang semuanya terdiri daripada golongan wanita.Ianya di tubuhkan oleh Puan Norizazan bt nordin.Puan Norizazan mengenakan bayaran sebanyak RM 500 kepada warga emas yang berkemampuan bagi menguruskan segala keperluan termasuk makan minum,mencuci pakaian,rawatan perubatan,lampin pakai buang dan segala keperluan lainnya.
Di samping mengenakan bayaran terhadap orang-orang yang berkemampuan,Puan norizazan juga telah mengambil warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai waris untuk terus menetap di situ secara percuma.Pusat ini juga mempunyai 6 orang pekerja bagi menguruskan kehidupan orang tua yang telah uzur dan tidak berdaya dan pada setiap minggu mereka akan di bawa ke klinik untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan perubatan dan rawatan susulan.
Bagi sesiapa yang ingin memberi bantuan kewangan ataupun berniat untuk meringankan beban Puan Norizazan bagi menampung segala keperluan di rumah kebajikan ini bolehlah terus menghubungi Puan Norizan sendiri di talian 019-5787650.Ini adalah kerana untuk membayai kos perubatan,pampers,makan minum,gaji pekerja dan sebagainya bagi warga emas yang tidak mampu dan tinggal di situ secara percuma.sdi sini juga terdapat kanak-kanak down sindrom yang kehilangan ibubapa dan segala bayaran persekolahan kanak-kanak istemewa ini di tanggung oleh Puan Norizazan.

Monday, August 24, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM RUKUN TETANGGA KAWASAN TAIPING


Rukun tetangga kawasan Taiping (KRT) telah mengadakan satu majlis makan malam di Bukit Jana Golf resort pada 18hb ogos yang lalu.Didalam majlis ini semua AJK rukuntetangga kawasan Taiping telah di jemput dan majlis ini di sertai dengan bacaan doa,cabutan bertuah dan majlis harijadi AJK.

SEMINAR KESIHATAN WANITA



Satu seminar telah di adakan di dewan Kg Jana Baru pada 15hb ogos 2009 yang telah di anjurkan oleh Perkumpulan wanita Islam Kg Jana Baru (PERWINA).Dengan kerjasama guru dakwah Jabatan Agama Islam perak.Tajuk utama seminar ialah Kanser Pembunuh Utama wanita Malaysia.Di dalam seminar ini juga satu syarikat iaitu ANZ TRADING telah mengambil kesempatan mempekenalkan satu jenama tuala wanita iaitu 'AVAIL BEAUTY'
Tuala wanita ini berperanan sebagai langkah untuk mencegah kanser terutama kanser pangkal rahim.Bagi sesiapa yang ingin membeli tuala wanita tersebut anda boleh dapatkan sendiri di ANZ TRADING dengan harga 12 ringgit 10 keping atau satu set termasuk pads malam,siang dan pantene liner,dengan harga 160.00 dan sesiapa yang membeli satu set akan terus menjadi ahli dan bonus.(Pembelian satu set boleh bertahan sehingga setahun pemakaian dan akan mendapat keuntungan sebanyak 45 ringgit.)Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi 05-5450208-pn zarina atau e-mail anz06@tm.net.my

Wednesday, August 12, 2009

Program Info Bestari Mukim Taiping



PROGRAM : INFO BESTARI MUKIM TAIPING

TARIKH : 25 JULAI 2009

Gambar Sekitar Program


Perasmian Majlis Gubahan


Pameran Jab. Penjara Mewarna TBK Persembahan Nasyid
SMA LILBANAT KMTG.



Pemeriksaan Kesihatan

Gambar Sekitar Program Info Bestari Mukim Taiping
Pada : 25 Julai 2009(Sabtu)
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg.Jana Baru
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Thursday, August 6, 2009

Gotong Royong JKK Kg Jana Baru..






Baru-baru ini semua JKK Kg Jana Baru telah mengadakan satu gotong royong beramai-ramai di dewan kg jana Baru.Gotong Royong ini terdiri daripada semua komuniti setempat dan semua JKK Kg di wajibkan hadir.Satu mesyuarat oleh ketua Kg Jana Baru iaitu Tn Hj Ramly b. Yahaya juga telah di adakan pada hari itu.Di dalam mesyuarat ini Tn Hj Ramly telah membincangkan bagaimana untuk menaikkan taraf hidup penduduk Kg Jana Baru agar ianya menjadi satu kampung yang berwawasan dan cemerlang.Majlis di akhiri dengan jamuan makan yang telah di sediakan oleh semua komuniti yanag hadir pada hari itu.

Tuesday, June 16, 2009

Majlis Perasmian PPIK





Pada bulan september 2008 Adun kawasan Kamunting iaitu YB Mohammad Zahir Bin Dato Khalid telah di jemput untuk merasmikan PPIK KG Jana Baru sebagai pusat IT.Beliau juga telah memberi sumbangan kepada PPIK sebanyak seribu ringgit sebagai menjayakan program PPIK dan masyarakat.

Latihan ICT






Bermula dengan wujudnya PPIK diseluruh Malaysia,semua penyelia telah di hantar untuk menjalani latihan di Kompleks rakan muda Puchong.Di sini semua penyelia telah di latih bagaimana untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang baik kepada masyarakat,bagaimana untuk berbincang,bergaul,beramah mesra dan segala-galanya telah di pelajari di sini.Setiap penyelia yang datang untuk menjalani latihan selama 2 minggu ini dengan sukarela telah pulang dengan hati yang terbuka untuk berbakti kepada masyarakat setempat, mencurahkan ilmu yang ada untuk di kongsi bersama orang ramai.

Monday, June 15, 2009

SK Long Jaafar


SK Long Jaafar merupakan salah satu sekolah yang memberi pelajaran awal kepada kanak-kanak di kg Jana Baru dan kampung-kampung sekitarnya.

Hiasan ACM



Hiasan ACM merupakan satu pusat perniagaan yang di usahakan oleh seorang penduduk dari Kg Jana Baru iaitu Puan Azita.Beliau merupakan seorang usahawan melayu yang berjaya di Kg Jana Baru.Sesiapa yang ingin membuat tempahan langsir,sarung kusyen,cadar pengantin,set bayi dengan citarasa sendiri bolehlah datang ke PPIK kg Jana Baru untuk berunding.Boleh juga terus menghubungi Puan Azita di talian 013-4905375.Puan Azita juga bersedia untuk terus datang ke rumah untuk mengukur dan memasang langsir.

Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Kampung Jana Baru(PPIK)



PPIK Kg Jana Baru di tubuhkan bermula April 2007.Kelab PPIK telah di tubuhkan dan ianya terdiri dapipada Pengerusi,setiausaha,Bendahari dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Wednesday, June 3, 2009

Friday, May 29, 2009

Wednesday, May 27, 2009

Tempahan untuk agar-agar kering


Salah satu perniagaan kecil yang melibatkan ppik bersama komuniti ialah membuat agar-agar kering.Sesiapa yang berminat untuk menempah agar-agar kering ini bolehla menghubungi penyelia ppik di talian 012-5748070 pn zana atau menghubungi terus di talian 0175152786 pn ina.Harga agar-agar ini ialah rm 5.00 (25 kuntum)agar-agar kering ini di hasilkan berbentuk bunga dan ianya sangat sesuai dijadikan buah tangan sebagai mengantikan bunga telur atau coklat sewaktu di adakan majlis perkahwinan.

Thursday, April 16, 2009

PPIK kg JANA BARU







PPIK Kg Jana Baru telah di rasmikan pada bulan Nov 2008 oleh YB Muhammad Zahir Bin Dato Khalid pada bulan Nov 2008.Sempena dengan perasmian itu juga telah di adakan berbagai-bagai acara dan majlis ini diadakan selama 3 hari berturut-turut.Tujuan majlis ini di adakan adalah untuk memperkenalkan PPIK dan komuniti setempat yang juga usahawan kecil datang untuk memperkenalkan barangan masing-masing. Sebanyak lebih kurang 15 gerai telah di buka pada hari tersebut di hadapan bangunan PPIK.Gerai-gerai tersebut ialah seperti gerai makanan,kraftangan,perhiasan dan bermacam-macam lagi.Pihak MARA juga berperanan sebagai ejen utama di dalam membangunkan semua usahawan kecil tersebut.