Thursday, October 8, 2009

Pertubuhan Kebajikan jagaan Warga emas Ehsan






Pusat jagaan wargaemas Kg Jana telah menempatkan seramai 16 orang warga emas yang semuanya terdiri daripada golongan wanita.Ianya di tubuhkan oleh Puan Norizazan bt nordin.Puan Norizazan mengenakan bayaran sebanyak RM 500 kepada warga emas yang berkemampuan bagi menguruskan segala keperluan termasuk makan minum,mencuci pakaian,rawatan perubatan,lampin pakai buang dan segala keperluan lainnya.
Di samping mengenakan bayaran terhadap orang-orang yang berkemampuan,Puan norizazan juga telah mengambil warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai waris untuk terus menetap di situ secara percuma.Pusat ini juga mempunyai 6 orang pekerja bagi menguruskan kehidupan orang tua yang telah uzur dan tidak berdaya dan pada setiap minggu mereka akan di bawa ke klinik untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan perubatan dan rawatan susulan.
Bagi sesiapa yang ingin memberi bantuan kewangan ataupun berniat untuk meringankan beban Puan Norizazan bagi menampung segala keperluan di rumah kebajikan ini bolehlah terus menghubungi Puan Norizan sendiri di talian 019-5787650.Ini adalah kerana untuk membayai kos perubatan,pampers,makan minum,gaji pekerja dan sebagainya bagi warga emas yang tidak mampu dan tinggal di situ secara percuma.sdi sini juga terdapat kanak-kanak down sindrom yang kehilangan ibubapa dan segala bayaran persekolahan kanak-kanak istemewa ini di tanggung oleh Puan Norizazan.

No comments:

Post a Comment